Kenapa mesti saya pilih apple hijau??? Coz die sedap. Aku makanlah. Apple hijau adalah my favorite fruit. Apple merah aku suka juga. Tapi yang hijau lagi sukalah. Kalah siti nurhaliza. Die aku tak suka. Tangga yang terbawah sekali aku letak die tu dalam hieraki kesukaan ku. Hehehe. Apple nie pun ade khasiatnye juga. Korang makan lah juga. Biarlah die masam ke manis ke. Tetap best. Walaupun apple bukan buah tempatan. Mai aku cite sikit khasiat2 apple nie. Khasiat apple yang aku tau sahajalah. Apple dapat melindungi jantung. Memakan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat yang boleh mengurangkan kolesterol dalam badan. Epal mengandungi elemen kesihatan phyto nutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik untuk jantung. Selain itu, sebiji apple menyumbang satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi. Sungguhpun apple mengandungi gula buah asli, namun pengeluaran air liur yang banyak menolong mengelakkan kerosakan. Cukup lah 2. Aku tau yang 2 jelah. Lain kali aku update yang lain pula. Bila ade maklumat terbarulah. Amin...