Baru-baru ini pada 23 Januari 2009, Jumaat, seramai 80 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), telah mengadakan program bersama penghuni Rumah Sri Kenangan Kangar (RSKK) anjuran Biro Pendidikan dan Komuniti Dewan Penginapan Pelajar Proton. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Keusahawanan, Kolej Perniagaaan, Prof. Madya. Dr. Kamil Md. Idris. Objektif kami mengadakan program ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan sesama warga emas, dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara, seterusnya dapat melihat bagaimana kehidupan penghuni rumah tersebut, dan seterusnya dapat menyelami perasa mereka. Tantatif program adalah seperti berikut:-
- 7.30 pagi - Para pelajar berkumpul dan bersiap sedia menaiki bas untuk bertolak ke RSKK.
- 9.00 pagi - Kami semua selamat sampai ke RSKK. Selepas sampai kami bergegas ke Dewan Sri Kenangan bagi mempersiapkan dewan untuk Majlis Pembukaan Program Jalinan Mesra bersama RSKK.
- 9.30 pagi - Majlis tersebut bermula dengan ucapan dari pengerusi majlis, berikutnya oleh pengetua DPP Proton iaitu Dr. Hasni dan seterusnya dirasmikan oleh Dekan COB.
- 10.00 pagi - Minum dan sarapan pagi.
- 10.30 pagi - Program pertama kami bermula bersama warga emas RSKK.
- 12.00 tengah hari - Makan tengah hari.
- 12.30 tengah hari - Pelajar lelaki bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat jumaat. Bagi pelajar perempuan pula, kami telah melawat kediaman RSKK dan beramah mesra bersama mereka.
- 1.30 petang - Pelajar perempuan pergi menunaikan solat zohor di surau RSKK.
- 2.00 petang- Program kami bermula lagi bersama warga emas tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti.....
- 3.00 petang - Beramah mesra dengan warga emas dan memberi cenderahati.
- 3.30 petang - Minum petang.
- 4.00 petang - Pesiapan dewan untuk majlis penutupan.
- 4.30 petang - Majlis penutupan di tutup oleh pengetua RSKK.
- 4.45 petang - Kami bergambar bersama-sama warga emas sebagai kenangan bersama.
- 4.50 petang - Post.....
- 5.00 petang - Kami bertolak balik ke UUM.