Search This Blog

knp apple hijau????

Kenapa mesti saya pilih apple hijau??? Coz die sedap. Aku makanlah. Apple hijau adalah my favorite fruit. Apple merah aku suka juga. Tapi yang hijau lagi sukalah. Kalah siti nurhaliza. Die aku tak suka. Tangga yang terbawah sekali aku letak die tu dalam hieraki kesukaan ku. Hehehe. Apple nie pun ade khasiatnye juga. Korang makan lah juga. Biarlah die masam ke manis ke. Tetap best. Walaupun apple bukan buah tempatan. Mai aku cite sikit khasiat2 apple nie.
Khasiat apple yang aku tau sahajalah. Apple dapat melindungi jantung. Memakan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat yang boleh mengurangkan kolesterol dalam badan. Epal mengandungi elemen kesihatan phyto nutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik untuk jantung. Selain itu, sebiji apple menyumbang satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi. Sungguhpun apple mengandungi gula buah asli, namun pengeluaran air liur yang banyak menolong mengelakkan kerosakan. Cukup lah 2. Aku tau yang 2 jelah. Lain kali aku update yang lain pula. Bila ade maklumat terbarulah. Amin...

mY gUrlZz

kenapa die penting????

Dah sebulan aku asyik risau pasal die je. Nak buat ape-ape pun teringat kat die jer. Nak makan pun susah. Apatah lagi bila nak tidur. Die selalu jer menghantui aku. Seram sejuk bila fikir pasal die nie. Kenapa lah die penting sangat????? Bukan boleh bawa mati pun. Kalaulah boleh bawa masuk kubur pun takpe juga. Sekarang nie tengah exam, pun aku bimbang pasal die juga. Macam mane nak selesaikan nye????? Tak ade sape dapat bantu. Aku pun tak nak mintak bantuan dari badan-badan kebajikan. Masih boleh selesaikan sendiri masalah pasal die nie. Bila masalah die nak habis aku pun tak tahu. Sampai mati pun aku tak apat cari jalan penyelesaian lagi. Dah lah cakap pasal die. Peninglah. Dah lah baru je selesai exam paper yang ker-4. Semalaman aku tak tidur. Study lah kata kan. Pada hal aku duduk sembang kat bilik senior. Nasib baik boleh jawab. Alhamdulillah...Amin....