Search This Blog

PDK Kompleks Penyayang Kemaman

Majlis ini berlangsung pada 17 November 2011 di PDK Kompleks Penyayang Kemaman, dan dirasmikan oleh YB Dato Hj Mohamed B Awang Tera. Mungkin ini merupakan program CSR yang pertama kalinya bagi syarikat DAYA Proffscorp Sdn Bhd. Saya sama sekali tidak terlibat dalam program ini, tetapi saya bersyukur program ini berjalan lancar walaupun timbul ketidakpuasan sesama ahli komuniti CSR. Kesemua ahli komuniti bertungkus lumus menyiapkan projek bilik sumber seperti mana yang diperlukan oleh Penghuni Kompleks Penyayang. Bilik sumber tersebut berwajah baru setelah diubah suai. Saya berharap kesemua usaha kami dapat memenuhi keperluan Penghuni Kompleks Penyayang. Berikut saya paparkan beberapa gambar semasa majlis tersebut :-

Ini gambar penghuni-penghuni kompleks.



Ini pula gambar ahli2 komuniti bagi Program CSR.

tHe weDDing CeremOny aS aT 10/12/11@11/12/11


Wedding ini berlangsung di Kedah (Rumah Pengantin Perempuan - Khusna). Majlis Akad Nikah berlangsung pada Hari Jumaat 09/12/11, manakala Majlis di sebelah perempuan pada 10/12/11 dan pada 11/12/11 pula di sebelah pihak lelaki. Saya hanya berkesempatan hadir untuk pihak perempuan sahaja,,, Tapi saya akan upload juga gambar untuk majlis di sebelah umah lelaki. Huhuhu, kene balik awal, coz xde cuti tahunan lagi. But it's ok, asal dapat hadir sebelah pihak pun dah ok lah tu, n kat bawah nie gambar sebelah pihak lelaki.


Tema warna wedding di sebelah perempuan - champink (Silver & Pink) n sebelah lelaki pula Ungu. Turut hadir rakan2 se-Universitiku, termasuk juga adik ku sekali (Bear).


Untuk Khusna n Syazwan:- “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “ Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Ta.