Search This Blog

Karnival Sukan MASUM 2009

KARNIVAL SUKAN MASUM 2009


Gambar di  bawah diambil semasa berlangsungnya sukan tersebut.  







Nak citer ape ye??? Sukan MASUM bermula dari tarikh 14 - 27 mei 2009. Aku menawarkan diri dengan relanya menjadi suka dan rela wati. Sepanjang karnival sukan ini berlangsung banyak perkara yang menyeronokkan. Aku telah menawarkan diri untuk menyelia di bahagian sukan tenis dan skuasy. Kesemua jurulatih memberikan kerjasama yang baik. Pada malam pembukaan kami semua dihiburkan dengan artis2 Malaysia seperti Mila AF, Zahid AF dan Aris Ariwatan. Tidak dapat nak digambarkan suasana ketika itu. Setelah penat bertugas kami dihiburkan. Selepas itu kami disaksikan dengan pelepasan bunga api. Majlis tamat pada jam 12 malam. Diakhir majlis perasmian pembukaan karnival sukan, kami semua sukarelawan di sajikan dengan juadah yang enak. Keesokannya, kami di kembali menjalankan tugas masing2. Saya dan 5 lagi rakan bertugas di bahagian tenis pada 15-20 mei 2009. Selepas itu saya dan tiga lagi rakan bertugas di bahagian skuasy pada 23-26 mei 2009. Selepas penat bertugas, pada bahagian penutup karnival sukan, kami dihiburkan dengan artis iaitu Stacy AF. Syok giler malam itu. Pelbagai juadah disediakan di gerai2 seperti gerai sate, gerai laksa, gerai ABC, gerai buah-buahan. Semuanya percuma. Meriah dan menyeronokan.