Search This Blog

PROGRAM JALINAN MESRA BERSAMA RUMAH SRI KENANGAN KANGAR

RUMAH SRI KENANGAN KANGAR
Baru-baru ini pada 23 Januari 2009, Jumaat, seramai 80 orang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), telah mengadakan program bersama penghuni Rumah Sri Kenangan Kangar (RSKK) anjuran Biro Pendidikan dan Komuniti Dewan Penginapan Pelajar Proton. Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Keusahawanan, Kolej Perniagaaan, Prof. Madya. Dr. Kamil Md. Idris. Objektif kami mengadakan program ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan sesama warga emas, dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara, seterusnya dapat melihat bagaimana kehidupan penghuni rumah tersebut, dan seterusnya dapat menyelami perasa mereka. Tantatif program adalah seperti berikut:-
  • 7.30 pagi - Para pelajar berkumpul dan bersiap sedia menaiki bas untuk bertolak ke RSKK.

  • 9.00 pagi - Kami semua selamat sampai ke RSKK. Selepas sampai kami bergegas ke Dewan Sri Kenangan bagi mempersiapkan dewan untuk Majlis Pembukaan Program Jalinan Mesra bersama RSKK.

  • 9.30 pagi - Majlis tersebut bermula dengan ucapan dari pengerusi majlis, berikutnya oleh pengetua DPP Proton iaitu Dr. Hasni dan seterusnya dirasmikan oleh Dekan COB.

  • 10.00 pagi - Minum dan sarapan pagi.

  • 10.30 pagi - Program pertama kami bermula bersama warga emas RSKK.

  • 12.00 tengah hari - Makan tengah hari.

  • 12.30 tengah hari - Pelajar lelaki bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat jumaat. Bagi pelajar perempuan pula, kami telah melawat kediaman RSKK dan beramah mesra bersama mereka.

  • 1.30 petang - Pelajar perempuan pergi menunaikan solat zohor di surau RSKK.

  • 2.00 petang- Program kami bermula lagi bersama warga emas tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti.....

  • 3.00 petang - Beramah mesra dengan warga emas dan memberi cenderahati.

  • 3.30 petang - Minum petang.

  • 4.00 petang - Pesiapan dewan untuk majlis penutupan.

  • 4.30 petang - Majlis penutupan di tutup oleh pengetua RSKK.

  • 4.45 petang - Kami bergambar bersama-sama warga emas sebagai kenangan bersama.

  • 4.50 petang - Post.....

  • 5.00 petang - Kami bertolak balik ke UUM.

PTPTN

Ari ini aku baru mula nak uruskan masalah aku mengenai pinjaman PTPTN ku. Kenapalah banyak sangat problem aku sem ini. Tengah ari tadi aku telah menghubungi pihak PTPTN. Bagi mendapatkan maklumat berkenaan masalah aku ini. Yang mengangkatnya adalah wanita. Dia minta ku berikan no ic untuk chek masalah itu. Dan die minta no phone aku. die kata bila dah urus baru die nak call aku. Dah seharian aku tunggu. Xdapat lagi call dari PTPTN. Aku gelisah sangat nak tunggu keputusan nie.....
Cepat lah.... call aku, sekarang...!!!!!!!!!! Aku nak jawab kuiz pun x tenang tadi. Asyik duk fikir pasal nie lah. Aku pokai nie... cepatlah......

DPP PROTON

Proton????? Mai aku citer sikit pasal proton nie. Bukan kereta proton, tapi dewan penginapan pelajar (DPP). Tempat dimana aku tinggal sekarang nie. Mula2, aku nie masih lagi study. kat ????? mane??? Lu pikirlah sendiri. Program yang aku pilih nie akan abis dalam masa 4 tahun lagi. Sekarang pun baru masuk tahun ke-2 sem 2. Lama lagi tu. Tapi aku dah jemu duduk kat sini. Mane tidaknya, DPP tempat aku tinggal nie asyik buat program je. Dahlah paksa semua pelajar masuk program 2. Kalau tak masuk kene nie lah kene tulah. Mane tahan macam nie. Tambahan lagi banyak task yang kene aku buat and submit secepat yang mungkin. Semua nie menggangu waktu aku jer. Penat juga aku tiap2 ari. Mane taknya time table aku padat sem nie.
Lagi pun banyak peraturan dah ditukar semenjak fakulti di fixkan kepada tiga kolej sahaja. DPP aku nie under COB. Banyak yang nak di ubah, termasuklah DPP aku juga. Aku nie jenis yang tidak suka sangat ikut peraturan. Malam-malam je kene pergi meeting blok. Ganggu aku nak tido jer. Gantuk tau. Membosankan sungguhlah semua nie and membazir. Nak ubahsuai DPP, kene pakai duit student lagi. Semua duit tu aku kene bayar bila graduate nanti. Mane nak korek semua 2????
Aku ada lagi satu cerita. 2 malam lepas, ada satu serbuan tergempar yang akan dilakukan oleh pihak tertentu. Dengar kata die orang nak rampas macam2. Antaranya, buku yang telah di fotocopykan, peralatan elektrik, and lain-lain lagi. Semua orang panik. Mana taknya, nak sorok mana semua barang. Peninglah kalau selalu macam nie. Semua nie memang??????........
Lain kali pulak aku citer lagi.