Search This Blog

PTPTN

Ari ini aku baru mula nak uruskan masalah aku mengenai pinjaman PTPTN ku. Kenapalah banyak sangat problem aku sem ini. Tengah ari tadi aku telah menghubungi pihak PTPTN. Bagi mendapatkan maklumat berkenaan masalah aku ini. Yang mengangkatnya adalah wanita. Dia minta ku berikan no ic untuk chek masalah itu. Dan die minta no phone aku. die kata bila dah urus baru die nak call aku. Dah seharian aku tunggu. Xdapat lagi call dari PTPTN. Aku gelisah sangat nak tunggu keputusan nie.....
Cepat lah.... call aku, sekarang...!!!!!!!!!! Aku nak jawab kuiz pun x tenang tadi. Asyik duk fikir pasal nie lah. Aku pokai nie... cepatlah......

DPP PROTON

Proton????? Mai aku citer sikit pasal proton nie. Bukan kereta proton, tapi dewan penginapan pelajar (DPP). Tempat dimana aku tinggal sekarang nie. Mula2, aku nie masih lagi study. kat ????? mane??? Lu pikirlah sendiri. Program yang aku pilih nie akan abis dalam masa 4 tahun lagi. Sekarang pun baru masuk tahun ke-2 sem 2. Lama lagi tu. Tapi aku dah jemu duduk kat sini. Mane tidaknya, DPP tempat aku tinggal nie asyik buat program je. Dahlah paksa semua pelajar masuk program 2. Kalau tak masuk kene nie lah kene tulah. Mane tahan macam nie. Tambahan lagi banyak task yang kene aku buat and submit secepat yang mungkin. Semua nie menggangu waktu aku jer. Penat juga aku tiap2 ari. Mane taknya time table aku padat sem nie.
Lagi pun banyak peraturan dah ditukar semenjak fakulti di fixkan kepada tiga kolej sahaja. DPP aku nie under COB. Banyak yang nak di ubah, termasuklah DPP aku juga. Aku nie jenis yang tidak suka sangat ikut peraturan. Malam-malam je kene pergi meeting blok. Ganggu aku nak tido jer. Gantuk tau. Membosankan sungguhlah semua nie and membazir. Nak ubahsuai DPP, kene pakai duit student lagi. Semua duit tu aku kene bayar bila graduate nanti. Mane nak korek semua 2????
Aku ada lagi satu cerita. 2 malam lepas, ada satu serbuan tergempar yang akan dilakukan oleh pihak tertentu. Dengar kata die orang nak rampas macam2. Antaranya, buku yang telah di fotocopykan, peralatan elektrik, and lain-lain lagi. Semua orang panik. Mana taknya, nak sorok mana semua barang. Peninglah kalau selalu macam nie. Semua nie memang??????........
Lain kali pulak aku citer lagi.

knp apple hijau????

Kenapa mesti saya pilih apple hijau??? Coz die sedap. Aku makanlah. Apple hijau adalah my favorite fruit. Apple merah aku suka juga. Tapi yang hijau lagi sukalah. Kalah siti nurhaliza. Die aku tak suka. Tangga yang terbawah sekali aku letak die tu dalam hieraki kesukaan ku. Hehehe. Apple nie pun ade khasiatnye juga. Korang makan lah juga. Biarlah die masam ke manis ke. Tetap best. Walaupun apple bukan buah tempatan. Mai aku cite sikit khasiat2 apple nie.
Khasiat apple yang aku tau sahajalah. Apple dapat melindungi jantung. Memakan sebiji epal atau minum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat yang boleh mengurangkan kolesterol dalam badan. Epal mengandungi elemen kesihatan phyto nutrient yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik untuk jantung. Selain itu, sebiji apple menyumbang satu pertiga keperluan vitamin C untuk sehari. Mengunyah epal adalah cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi. Sungguhpun apple mengandungi gula buah asli, namun pengeluaran air liur yang banyak menolong mengelakkan kerosakan. Cukup lah 2. Aku tau yang 2 jelah. Lain kali aku update yang lain pula. Bila ade maklumat terbarulah. Amin...

mY gUrlZz

kenapa die penting????

Dah sebulan aku asyik risau pasal die je. Nak buat ape-ape pun teringat kat die jer. Nak makan pun susah. Apatah lagi bila nak tidur. Die selalu jer menghantui aku. Seram sejuk bila fikir pasal die nie. Kenapa lah die penting sangat????? Bukan boleh bawa mati pun. Kalaulah boleh bawa masuk kubur pun takpe juga. Sekarang nie tengah exam, pun aku bimbang pasal die juga. Macam mane nak selesaikan nye????? Tak ade sape dapat bantu. Aku pun tak nak mintak bantuan dari badan-badan kebajikan. Masih boleh selesaikan sendiri masalah pasal die nie. Bila masalah die nak habis aku pun tak tahu. Sampai mati pun aku tak apat cari jalan penyelesaian lagi. Dah lah cakap pasal die. Peninglah. Dah lah baru je selesai exam paper yang ker-4. Semalaman aku tak tidur. Study lah kata kan. Pada hal aku duduk sembang kat bilik senior. Nasib baik boleh jawab. Alhamdulillah...Amin....