Majlis ini berlangsung pada 17 November 2011 di PDK Kompleks Penyayang Kemaman, dan dirasmikan oleh YB Dato Hj Mohamed B Awang Tera. Mungkin ini merupakan program CSR yang pertama kalinya bagi syarikat DAYA Proffscorp Sdn Bhd. Saya sama sekali tidak terlibat dalam program ini, tetapi saya bersyukur program ini berjalan lancar walaupun timbul ketidakpuasan sesama ahli komuniti CSR.
Kesemua ahli komuniti bertungkus lumus menyiapkan projek bilik sumber seperti mana yang diperlukan oleh Penghuni Kompleks Penyayang. Bilik sumber tersebut berwajah baru setelah diubah suai. Saya berharap kesemua usaha kami dapat memenuhi keperluan Penghuni Kompleks Penyayang.
Berikut saya paparkan beberapa gambar semasa majlis tersebut :-
Ini gambar penghuni-penghuni kompleks.
Ini pula gambar ahli2 komuniti bagi Program CSR.
